FTP atau File Transfer Protocol ialah piawai protokol internet yang digunakan untuk pertukaran fail di antara komputer di internet. Seperti juga HTTP yang digunakan untuk memindahkan halaman web, SMTP untuk memindahkan email, FTP juga bertindak di dalam protokol TCP/IP. Cara menggunakan FTP Anda boleh menggunakan pelbagai perisian FTP yang terdapat di internet. Antara program FTP yang popular untuk Windows ialah seperti CuteFTP dan WS_FTP. Windows juga didatangkan dengan program mudah FTP. Buka MS-DOS dan taipkan arahan: ftp Arahan Perintah C:\>ftp Untuk bersambung ke pelayan FTP TMnet taipkan arahan berikut: o ftp.tm.net.my Arahan Perintah ftp> o ftp.tm.net.my Connected to ftp.tm.net.my. 220 ftp1.tm.net.my NcFTPd Server (licensed copy) ready. User (ftp.tm.net.my:(none)): Pelayan FTP TMnet membolehkan pengguna log-in ke dalam pelayan menggunakan akaun Anonymous (tidak bernama). Masukkan user Anonymous. Tekan Enter. Arahan Perintah User (ftp.tm.net.my:(none)): Anonymous 331 Guest login ok, send your complete e-mail address as password. Password: Kemudian tekan enter tanpa password. Arahan Perintah 230-You are user #3 of 250 simultaneous users allowed. 230- 230-###################################################### 230-# # 230-# Welcome to ftp.tm.net.my # 230-# Only .zip & .rar are allowed to be uploaded # 230-# Make sure they are password-protected # 230-# # 230-###################################################### 230- 230 Logged in anonymously. ftp> Sekarang anda berada di dalam pelayan FTP TMnet menggunakan akaun Anonymous. Taipkan arahan help untuk memaparkan senarai arahan FTP. Di sini anda bolehlah memindahkan fail dan memuat turun fail dari pelayan tersebut. Untuk memutuskan sambungan dengan pelayan, taipkan disconnect . Arahan Perintah ftp> disconnect 221 Goodbye. ftp>
|
0 komentar:
Posting Komentar