Senin, 25 Agustus 2008

Muat turun video (YouTube) ke komputer




Tutorial ini akan menerangkan cara-cara untuk muat turun (download) video streaming dari laman-laman seperti YouTube, Myspace, Google Video dan sebagainya ke dalam komputer.

Saya akan ambil laman web YouTube sebagai contoh menggunakan pelayar Firefox (Windows).

Ikut langkah-langkah berikut:

1) Muat turun perisian FLVPlayer dan pasangkan (install) ke dalam komputer anda.

2) Layari http://www.ilmuit.com/tool/video-downloader (akan digunakan untuk muat turun)

3) Seterusnya layari laman web YouTube http://www.youtube.com dan cari video kegemaran anda.

4) Salin (copy) alamat URL video di bahagian kotak merah (lihat gambarajah 1).

Contoh URL: http://www.youtube.com/watch?v=KVGzqGsD5Tc


Rajah 1

5) Tampal (paste) alamat URL yang disalin ke dalam kekotak input laman http://www.ilmuit.com/tool/video-downloader (lihat gambarajah 2).

6) Tekan butang Download


Rajah 2

Selepas muat turun selesai, tambahkan sambungan fail dengan .flv contohnya get_video ditukar menjadi get_video.flv

Kemudian mainkan video menggunakan perisian FLVPlayer

0 komentar:

 
© free template by Blogspot tutorial