Senin, 25 Agustus 2008

Privasi dalam Pelayar Web







Perisian seperti Firefox, Internet Explorer, dan Opera menyimpan banyak data-data persendirian. Dengan mengosongkan history, cookies, dan fail-fail sementara akan menghilangkan maklumat-maklumat persendirian dari perisian pelayar web ini.

Apa itu Cookies?
Cookies ialah secebis maklumat yang digunakan oleh laman web untuk menyimpan identiti pengunjung ke dalam pelayar web. Selalunya digunakan di bahagian log masuk (login) sesuatu halaman.

Apa itu History?
History ialah senarai laman web yang telah dikunjungi oleh pengguna. Maklumat ini juga akan disimpan ke dalam pelayar web.

Apa itu Temporary Files?
Temporary Files ialah fail-fail imej dan lain-lain struktur laman web yang dimuat turun oleh pelayar bagi membolehkan halaman web dipaparkan kepada pengguna. Maklumat-maklumat ini akan disimpan ke dalam cakera keras dan akan diguna semula untuk meningkatkan kelajuan layaran web.

Walaupun maklumat-maklumat ini sering digunakan untuk meningkatkan kelajuan layaran, ia boleh digunakan untuk mengekstak identiti pengguna. Dengan mengosongkan maklumat-maklumat ini selalu, akan membuang terus maklumat peribadi anda sekaligus meningkatkan efisensi sistem komputer.

Untuk mengosongkan maklumat peribadi dalam Firefox:

1) Klik menu Tools -> Clear Private Data

2) Tandakan pada semua pilihan dan klik butang "Clear Private Data Now" (Lihat Rajah 1)

Rajah 1: Mengosongkan maklumat dalam Firefox


Untuk Internet Explorer 7:

1) Klik menu Tools -> Internet Options

2) Dalam tetingkap Internet Options, di bahagian "Browsing history" klik Delete

3) Dalam tetingkap Delete Browsing History, klik butang "Delete All" (Lihat Rajah 2)


Rajah 2: Mengosongkan maklumat dalam IE7

0 komentar:

 
© free template by Blogspot tutorial